Peta Laman | Maklum Balas | Mobile Web



img  
Perutusan YBhg Dato Peter Minos
Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
Salam Sejahtera & Salam Sehati Sejiwa

Selamat datang dan salam pertemuan saya ucapkan kepada semua pengunjung Laman Web Majlis Perbandaran Kota Samarahan khususnya. Majlis Perbandaran Kota Samarahan ataupun MPKS adalah sebuah Majlis Perbandaran yang baharu yang di naik taraf dari Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan pada 11.11.2016. Dalam usia Perbandaran yang masih baharu sudah pasti tugas dan tanggungjawab serta peranan yang dimainkan lebih besar dan mencabar dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan yang lebih efisien kepada komuniti setempat.

Justeru, laman web Majlis Perbandaran Kota Samarahan ini merupakan salah satu pintu gerbang ke bahagian samarahan di mana ianya merupakan medium penyampaian maklumat daripada kerajaan kepada rakyat. Antara lain, laman web kami menyediakan maklumat penting terutamanya mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis untuk rakyat di bahagian samarahan khususnya dan seluruh warga Sarawak amnya. Harapan saya semoga melalui laman web yang disediakan ini, rakyat akan memperolehi maklumat yang terkini secara cepat dan tepat bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam usaha Majlis meningkatkan kecekapan dan sistem penyampaian perkhidmatan. Adalah diharapkan ianya pula akan dapat diterjemahkan kepada kesenangan dan kemudahan kepada komunti di kota samarahan. Saya berharap agar usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik ini akan dapat merealisasikan objektif serta matlamat semua pemegang taruh yang ingin melihat Kerajaan Tempatan di Negeri Sarawak ini ditadbir serta di urus dengan penuh integriti dan berkualiti.

Saya juga amat menghargai dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas serta komen konstruktif terhadap perkhidmatan Majlis Perbandaran Kota samarahan dan juga terhadap kandungan laman web ini agar penyampaian perkhidmatan kami akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Sekian terima kasih.