<

Laman Web Rasmi Majlis Daerah Samarahan


Piagam Pelanggan

Statistik Pencapaian Pelanggan



Pelanggan Majlis adalah terdiri daripada semua penduduk tempatan di dalam lingkungan kawasan Daerah Samarahan, Daerah Asajaya dan Daerah Kecil Sadong Jaya serta meliputi mereka yang menerima perkhidmatan-perkhidmatan Majlis dan berada di dalam kawasan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Samarahan.
Pelanggan Majlis juga adalah termasuk semua pelanggan luar yang berurusan dengan pihak Majlis Daerah Samarahan.
Pelanggan utama Majlis Daerah Samarahan ialah pembayar cukai, penjaja-penjaja dan peniaga, pihak kementerian, agensi awam dan swasta serta orang awam yang berurusan dengan pihak Majlis Daerah Samarahan.
  1. Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua pulu hempat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  2. Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar/seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  3. Pelan bangunan di bawa ke Mesyuarat Jawatan kuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
  4. “Occupation Permit” hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  5. Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  6. Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
  7. Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pinjaman Berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua(2) bulan dari tarikh penerimaan.
  8. Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan/pelanggaran undang-undang.
  9. Keputusan permohonan lesen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  10. Bil Cukai Taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun.
  11. Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.

Piagam Pelanggan
Bagi menyokong matlamat kerajaan, Majlis Daerah Samarahan berazam dan komitted untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, mesra, cekap, amanah dan tepat pada masanya kepada pelanggan melalui Piagam Pelanggan MDS seperti berikut:

Pentadbiran Am

  • Memberi perkhidmatan serta layanan yang adil, mesra dan sentiasa bersedia membantu di dalam semua hal pada setiap masa berhubung dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi oleh Majlis mengikut Ordinan Kuasa Tempatan, 1996, peraturan, prosedur, undang-undang Majlis dan juga keupayaan Majlis.

Unit Urusetia

  • Melaksanakan tugas urusetia mengikut sistem pengurusan kualiti Majlis.

Unit HRD

  • Melaksanakan tugas pengurusan sumber manusia mengikut peruntukan prosedur, peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
  • Sebarang pertanyaan di bahagian kaunter akan dilayan dengan kadar segera.
  • Penerimaan bil untuk pembayaran di kaunter akan diuruskan dalam tempoh masa dua(2) minit.
  • Segala pembayaran termasuk pembayaran pesanan/kerja akan dibuat dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan sempurna.
  • Pembayaran kontrak serta pemulangan deposit akan dibuat dalam kadar segera dan kurang daripada 14 hari dari tarikh kelulusan, penerimaan dokumen, sijil pembayaran, dan lain-lain dokumen sokongan yang lengkap dan sempurna.

Unit Kerja Awam

  • Melaksanakan kesemua projek pembangunan Majlis mengikut jadual yang telah dirancang dan ditetapkan.
  • Sentiasa menjaga kebersihan serta keindahan taman awam serta kawasan lapang dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  • Melaksanakan program pengindahan bandar dan kawasan persekitarannya sebaik sahaja peruntukan serta kelulusan diperolehi daripada pihak Kerajaan dan juga agensi-agensi yang berkaitan.
  • Mengambil tindakan menyiasat dalam kadar segera kepada setiap aduan mengenai kerosakan ataupun penyenggaraan jalan, parit, lampu jalan, dan lain-lain yang berkaitan dan tindakan susulan akan dibuat dalam tempoh dua(2) minggu tertakluk kepada peruntukan Majlis yang ada.
  • Perkhidmatan pemotongan rumput dan pembersihan parit akan dilaksanakan sebulan sekali.

Unit Bangunan

  • Setiap proses kelulusan pelan bangunan akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan pelan bangunan berkenaan dengan syarat semua dokumen lengkap dan sempurna dan mendapat kelulusan daripada agensi-agensi yang berkaitan.
  • Permohonan OP akan diluluskan dalam tempoh masa 14 hari bekerja dengan syarat ianya mematuhi prosedur dan peraturan yang terkandung di dalam "Sarawak Building Ordinance 1994".
  • Perkhidmatan pengutipan dan pembuangan sampah-sarap akan dilaksanakan seperti jadual berikut:
    • Pengutipan Sampah-Sarap di Kawasan * Pasar * sekali sehari
    • Pengutipan Sampah-Sarap di kawasan Taman Perumahan dan Institusi Pengajian Tinggi sebanyak * 2 kali * seminggu
    • Pengutipan Sampah-Sarap di kawasan lain sebanyak * 2 kali* seminggu
  • Semua aduan mengenai perkhidmatan kutipan sampah, kebersihan dan pencemaran bandar dan alam sekitar akan disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
  • Semua aduan akan disiasat dalam kadar segera dan tindakan susulan akan diambil dalam tempoh dua(2) minggu tertakluk kepada jenis aduan dan peruntukan Majlis yang ada.
  • Permohonan kutipan sisa pepejal yang baru akan diproses dalam masa satu(1) minggu dalam kawasan perkhidmatan kutipan yang sedia ada.
  • Fogging akan dibuat serta merta pada hari yang sama setelah pemberitahuan kes denggi dimaklumkan kepada Majlis
  • Semua permohonan lesen akan diproses dalam tempoh masa satu(1) bulan setelah mematuhi syarat-syarat dari bahagian lain yang berkaitan untuk kelulusan Mesyuarat Majlis.
  • Kelulusan lesen akan diproses dalam tempoh masa dua(2) minggu sebaik sahaja diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Majlis yang berkaitan.
  • Premis makanan/minuman yang dilesenkan akan diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Aktiviti Pengawalan Vektor akan dibuat dua(2) kali seminggu.
  • Penyedutan tangki najis akan dibuat atas permintaan/keperluan.
  • Operasi anjing liar akan dibuat atas permintaan/keperluan.
  • Sebarang pertanyaan dan pengaduan mengenai cukai taksiran/pintu dan yang berkaitan dengannya akan dilayan dengan secepat mungkin dan tindakan susulan untuk menyiasat kes/isu yang berkaitan akan dibuat dalam tempoh tiga(3) minggu.
  • Semua bil-bil cukai taksiran/pintu akan dihantar sekali setahun dengan sempurna pada bulan April sehingga Ogos setiap tahun ataupun sebulan sebelum tarikh akhir pembayaran setiap tahun.
  • Semua pentaksiran dan pengebilan bagi semua hartanah dan pegangan Majlis di dalam kawasan pentadbiran Majlis akan dibuat dengan adilnya.
  • Permohonan pertukaran hakmilik harta akan diproses dalam masa satu(1) minggu dengan syarat ianya dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat serta tiada tunggakan cukai dan disahkan oleh Ketua Masyarakat/Kaum.
  • Menyediakan buku-buku, maklumat dan bahan bacaan untuk semua peringkat pelanggan, yang ilmiah dan berinformatif kepada pelanggan melalui ICT dan Perkhidmatan Internet di Perpustakaan Awam MDS.
  • Pendaftaran Ahli akan dibuat pada hari yang sama dengan syarat dokumen-dokumen yang diperlukan dibawa bersama.
  • Permintaan pelanggan terhadap maklumat dan bahan bacaan akan dilayan dengan segera mengikut susunan queue yang didaftarkan.
  • Setiap urusan pinjaman dan pemulangan buku akan diproses dalam tempoh masa tiga(3) minit kecuali waktu sesak.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Prosedur, Peraturan dan Undang-Undang Majlis dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa.
  • Menjalankan pemeriksaan sekurang-kurangnya dua(2) kali sehari bagi memastikan Kota Samarahan dan kawasan persekitarannya sentiasa selamat, bersih dan teratur.
  • Memproses permohonan permit untuk kain rentang, poster, dan sebagainya dalam kadar segera dan dalam tempoh kurang daripada 5 hari bekerja.
  • Setiap aduan akan disiasat dalam kadar segera dan tindakan susulan akan diambil dalam tempoh dua(2) minggu.