<

Laman Web Rasmi Majlis Daerah Samarahan


Fungsi Majlis

Fungsi utama Majlis Daerah Samarahan ialah untuk menyediakan infrastruktur asas dan perkhimatan yangcekap untuk memberi keselamatan dan keharmonian kepada orang ramai.

Untuk mencapai matlamat di atas maka objektif Majlis Daerah Samarahan ialah seperti digariskan diberikut:-


Merancang, melaksanakan dan mengawal semua pembangunan fizikal dengan berasaskan kepada kehendak undang-undang dan polisi kerajaan dan Majlis.
Menyediakan dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan.
Menyediakan kemudahan infrastruktur dan rekreasi yang selesa dan harmoni dengan memberi penekanan kepada usaha menambahbaik dan memulihkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
Menyediakan kemudahan kebersihan dan pengindahan Bandar yang secukupnya untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni.
Menguatkuasakan undang-undang Majlis dan undang-undang lain yang diguna pakai untuk mengatasi dan mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi.