Peta Laman | Maklum Balas | Mobile Web



Fungsi utama Majlis Perbandaran Kota Samarahan ialah untuk menyediakan infrastruktur asas dan perkhimatan yangcekap untuk memberi keselamatan dan keharmonian kepada orang ramai.

Untuk mencapai matlamat di atas maka objektif Majlis Perbandaran Kota Samarahan ialah seperti digariskan diberikut:-

Merancang, melaksanakan dan mengawal semua pembangunan fizikal dengan berasaskan kepada kehendak undang-undang dan polisi kerajaan dan Majlis. Menyediakan dan meningkatkan peluang-peluang perniagaan. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan rekreasi yang selesa dan harmoni dengan memberi penekanan kepada usaha menambahbaik dan memulihkan kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Menyediakan kemudahan kebersihan dan pengindahan Bandar yang secukupnya untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni. Menguatkuasakan undang-undang Majlis dan undang-undang lain yang diguna pakai untuk mengatasi dan mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi.








Perkhidmatan Kami Perkhidmatan / Aktiviti yang diberi
Perkhidmatan / Aktiviti yang diberi oleh MDS adalah seperti berikut:

1. Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan.
2. Memberi perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat di Daerah Samarahan dan kawasan di bawah jagaannya.
3. Memberi perkhidmatan pengurusan pembuangan sisa-sisa pepejal di Daerah Samarahan dan  kawasan di dalam jagaan MDS yang teratur dan efisien.
4. Mengeluarkan pelbagai lesen, permit bangunan untuk mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan dan memastikan keselamatan penduduk-penduduk di jagaan MDS.
5. Memberi perkhidmatan kawalan vektor dan penyakit berjangkit.
6. Memberi perkhidmatan kaunter SBBS.
7. Mempercantik alam sekitar di kawasan jagaan MDS.
8. Menyediakan kemudahan perniagaan kecil.
9. Mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan kecil. Menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi.
10. Perkhidmatan kawalan mutu dan kebersihan makanan.

pic